Skip to main content

Udang Goreng Butter adalah resipi Malaysia yang dilengkapi dengan rasa mentega, manis dan masin yang cukup dapat membuka selera.

Bahan – Bahan untuk telur bersarang:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi
  • sedikit garam
  • sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 cawan minyak masak 50g / 3 sudu besar mentega
  • 5 biji telur kuning

Bahan – Bahan untuk udang goreng:

  • 7 ekor udang besar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • 1 cawan minyak masak

Cara penyediaan untuk telur bersarang:

  • Kacau telur kuning dan tapis.
  • Masukkan minyak dan mentega lalu buka api perlahan. Panaskan dan kacau sehingga mentega cair.
  • Tuang adunan telur kuning dengan tinggi jarak lebih kurang 2 kaki daripada kuali sambil mengacau gorengan telur. Tuang telur sedikit demi sedikit.

Cara Penyediaan:

  1. Kuatkan api. Goreng dan kacau perlahan sehingga buih- buih kecil terhasil.
  2. Masukkan bawang putih cincang, potongan cili padi,daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa serta serbuk pati ayam.
  3. Sambung goreng sehingga masak, berbuih dan naik bau, lalu masukkan udang goreng. Kacau bahan lebih kurang 30 saat.
  4. Tapis kesemua bahan untuk toskan minyak sehingga kering.
  5. Selepas kering, udang goreng butter siap untuk dihidang.