Skip to main content

Bahan-bahan:

  1. Gula Peket Hijau
  2. 1 biji telur (1 egg)
  3. 250g tepung gandum (250g wheat flour)
  4. 300ml susu segar (300ml fresh milk)
  5. ½ sudu kecil garam (½ teaspoon salt)
  6. ½ sudu kecil serbuk penaik (½ teaspoon baking powder)
  7. ½ sudu kecil esen vanila (½ teaspoon vanilla essence)
  8. Pewarna kuning (yellow food colouring)
  9. 1 sudu kecil soda bikarbonat (1 teaspoon baking soda)

Hiasan: mentega, parutan keju, coklat urai dan susu pekat (Topping: butter, shredded cheese, chocolate rice and
condensed milk)

Cara – Cara:

  1. Masukkan telur 1 biji, 3 sudu besar gula prai (peket hijau) kedalam bekas dan kacau sebati
  2. Letakkan tepung gandum, susu segar dan kacau sebati
  3. Letakkan garam, tepung penaik, esen vanila. Kacau sebati dan perapkan adunan sehingga 30 minit
  4. Selepas diperap, letakkan baking soda dan kacau perlahan
  5. Panaskan pan berukuran kecil yang tidak melekat dan tuangkan sedikit adunan tepung yang telah siap tadi sehingga
    memenuhi pan tersebut
  6. Selepas adunan telah masak dan bertukar keperang perangan, taburkan 1 sudu gula prai (peket hijau) keatasnya

Topping:

  1. Sapukan mentega di dalam permukaan apam balik tersebut
  2. Letakkan keju di sebelah bahagian kiri dan letakkan chocolate rice di sebelah bahagian kanan
  3. Tuangkan sedikit susu pekat di dalam permukaan apam balik secara menyeluruh
  4. Potong di bahagian tengah dan lipat menjadi satu

Link Youtube – Apam Balik Chocolate Cheese – YouTube